Banjir Kilat: Bomba Selamatkan 18 Bayi di tabika

Foto Sinar Harian

JOHOR BAHRU: Lapan belas bayi dan 10 murid adalah antara 34 mangsa dilaporkan terperangkap dalam banjir kilat di sebuah tabika di Jalan Md Amin di sini, semalam.

Bagaimanapun, tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan mereka.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I, Zakaria Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 4.10 petang.

“Terdapat 34 orang yang terperangkap dalam banjir kilat di tadika itu termasuk lima guru, 18 bayi, 10 murid dan seorang tukang masak

“Pihak bomba bertindak menyelamat dan memindahkan mangsa dengan menggunakan bot. Kerja-kerja menyelamat turut dibantu empat anggota polis,” katanya.

Menurut beliau, semua mangsa selamat dan telah dipindahkan.