
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi dan pengurusan Universiti Malaysia Sabah agar tidak menyekat perjalanan akademik pelajar yang terbabit dengan insiden membakar karikatur wajahnya di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Anwar berkata, beliau memahami budaya protes di kalangan mahasiswa berdasarkan latar belakangny dalama gerakan pelajar. Beliau menganggap kritikan sepetiitu adalah sebagai sebahagian daripada demokrasi.
Katanya, kerajaan kekal komited terhadap agenda reformasi dengan pendekatan yang berstruktur tanpa mengorbankan masa depan anak muda semata-mata kerana perbezaan pandangan.