
KUALA LUMPUR: Hujan berterusan tahap bahaya membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu di Terengganu dijangka berlaku hingga Jumaat ini.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata beberapa daerah lain di negeri itu iaitu Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
Menurutnya, seluruh kawasan di Kelantan pula dijangka mengalami hujan berterusan tahap buruk.
Beliau berkata amaran hujan berterusan tahap waspada pula dikeluarkan bagi Perlis, Hulu Perak di Perak dan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling untuk hari ini.
Amaran sama dikeluarkan hingga esok bagi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, dan Kuantan Pahang.
Beliau berkata amaran sama berkuatkuasa mulai Jumaat hingga Sabtu ini turut dikeluarkan bagi Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Kedah membabitkan kawasan Kulim dan Bandar Baharu, serta Johor di Tangkak dan Segamat.