B Grimm rancang labur RM4.26 bilion di Malaysia

Foto Bernama

Konglomerat tenaga multinasional Thailand, B. Grimm Power Public Company Ltd berhasrat untuk mengembangkan jejaknya dalam tenaga boleh baharu yang sedang melonjak di Malaysia melalui pelaburan sebanyak AS$1 bilion (RM4.26 bilion) termasuk membangunkan loji solar dalam beberapa tahun akan datang.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif B. Grimm, Datuk Seri Harald Link, berkata keputusan itu dibuat memandangkan kedua-dua negara adalah jiran dan syarikat itu mempunyai hubungan yang sangat baik di Malaysia sejak 20 tahun lalu.

Ini akan menjadi pengembangan penting bagi B. Grimm yang telah pun melabur sekitar RM200 juta dalam sektor RE Malaysia, setelah memasuki pasaran tersebut semasa tempoh COVID-19.

“B. Grimm boleh membawa kepakarannya dalam loji janakuasa solar, tenaga perindustrian termasuk juga dalam pengeluar tenaga bebas (IPP) ke Malaysia,” katanya.