
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan ahli perniagaan Albert Tei kerana menjadi individu paling penting dalam siasatan dakwaan membabitkan bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menjelaskan perkara itu susulan penahanan Tei di rumahnya pada jam 10.15 pagi tadi
“Albert Tei pada mulanya dijangka hadir pada 1 Disember ini, namun dimaklumkan untuk hadir lebih awal.
“Beliau enggan hadir lebih awal dan enggan memberi kerjasama dengan siasatan dijalankan SPRM.
“Seperti semua sedia maklum, Albert Tei adalah orang paling penting bagi membantu siasatan kes ini,” katanya.
Azam berkata, SPRM sudah menyerahkan notis Seksyen 28A(9) Kanun Prosedur Jenayah kepada Albert, yang mana ia memberi kuasa kepada pihak berkuasa yang menyiasat bagi menafikan hak individu disiasat untuk berhubung dengan peguam dan mana-mana pihak lain.
Beliau berkata, SPRM dijangka membuat permohonan reman terhadap Albert dan Shamsul Iskandar di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi ini.
Permohonan reman ke atas wanita dikenali sebagai Sofia Rini Buyong pula sudah dilakukan di Mahkamah Majistret Putrajaya, \