Azalina Tegur Pihak Persoal Tindakan Dakwa Pemberi Maklumat

Foto Parlimen Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, hari ini, menegur segelintir pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan mendakwa pemberi maklumat yang mendedahkan maklumat kepada media.

Azalina berkata, adalah menjadi amalan dan prosedur di seluruh dunia bahawa pemberi maklumat tidak boleh pergi ke media.

Menurut Azalina, pemberi maklumat perlu pergi ke agensi yang bertanggungjawab bagi membolehkan mereka untuk menilai kesahihan maklumat yang diberikan.

“Salah satu sebab juga adalah bagi menghalang penyalahgunaan sistem. Keduanya, kita nak menentukan bahawa rahsia negara tidak disebut oleh pemberi maklumat, terutamanya dalam isu keselamatan negara,” katanya.