
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jabatan Imigresen yang menyerbu premis sembelih dan proses ayam di Pasar Borong Selayang mendapati ayam yang disembelih oleh warga asing tidak mengikut hukum syarak.
Enam premis yang diserbu itu menggunakan warga asing yang tiada tauliah menyembelih yang diperakui pihak berkuasa.
Difahamkan ada juga premis yang menggunakan kaedah water stunning dengan voltan terlalu tinggi menyebabkan ayam mati sebelum disembelih. Namun, perkara itu masih dalam siasatan Jais.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jais, Jafri Embok Taha berkata, serbuan itu dibuat ekoran aduan dan risikan tiga minggu lokasi itu.
Tiga puluh enam warga asing ditahan dalam operasi berkenaan.