Asean Perlu Selaras Pendekatan Undang-Undang

Foto Bernama

Negara anggota Asean disaran menyelaraskan pendekatan undang-undang masing-masing dalam menghadapi cabaran serantau yang semakin kompleks, terutama berkait isu kecerdasan buatan (AI), jenayah siber, keselamatan dalam talian serta timbang tara dan mediasi antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata banyak persamaan wujud dalam isu perundangan dihadapi dalam kalangan negara ASEAN.

“Timbang tara antarabangsa, mediasi antarabangsa, keselamatan dalam talian dan jenayah siber, AI dalam amalan guaman, pembaharuan undang-undang jenayah dan komersial, insolvensi rentas sempadan serta hak asasi manusia dalam perniagaan… ini sebenarnya tajuk yang mempunyai persamaan dalam negara ASEAN.

“Sebab mereka juga seperti Malaysia berhadapan dengan cabaran yang sama. Contohnya dalam isu AI. Ini satu perkara yang semua negara berhadapan cabaran. Ini pun dilihat sebagai satu konsep,” katanya.