
Rancangan Amerika Syarikat untuk menarik balik sekatan eksport cip AI sofistikated adalah berita yang sangat dialu-alukan dan menjadi berita baik bagi pemain-pemain industri semiconductor Malaysia.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Tengku Aziz, berkata pentadbiran Amerika sedang mengkaji perkara itu.
Bercakap kepada wartawan seusai melancarkan Malaysia Autoshow 2025 di MAEPS Serdang, beliau berkata pemain-pemain industri itu menyambut baik pengumuman bekenaaan.
Menurutnya, beliau menjangkakan butiran terperinci mengenainya akan diumumkan tidak lama lagi.
Malaysia adalah pemain utama dalam industri semiconductor global dan berharap akan memanfaatkan permintaan tinggi yang terhasil daripada ledakan AI global.

Malaysia Autoshow 2025 berlangsung dari 9 hingga 15 Mei menampilkan pelbagai aktiviti menarik termasuk pelancaran model kenderaan baru, uji pandu dan pertunjukan modifikasi.
Ia juga mempertontonkan model dan teknologi terkini daripada peneraju industri automotif global dan tempatan.
Sebanyak 200 peserta akan memperaga 500 kenderaan, termasuk model kereta elektrik e.MAS Proton.