Anwar Umum 15 September Cuti

Foto Fail

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 15 September ini sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena Sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

Beliau berkata, hari kelepasan am itu bagi menghargai ukhwah perpaduan dan keistimewaan pembentukan Malaysia.

“Ini mudah-mudahan dapat meningkatkan ukhwah, perpaduan dan mengingatkan kita kehebatan pemuka bangsa dalam mengusulkan pembentukan Malaysia negara tercinta,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian pada Pengumuman Penghargaan untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung menerusi semua saluran televisyen utama serta platform media sosial, hari ini.