Anwar Temui Peneraju Tenaga, Pertahanan Itali

Foto PMO

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sesi libat urus secara langsung dengan peneraju industri dan perniagaan utama Itali pada hari kedua lawatannya ke negara itu.

Beliau berkata, pertemuan bersama dua syarikat gergasi pertahanan Itali, Fincantieri dan Leonardo, yang menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 2025) memperkukuh prospek kerjasama jangka panjang.

Pertemuan dengan Fincantieri dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya Pierroberto Folgiero manakala Leonardo diwakili Naib Presiden Kanan Pemasaran dan Kempen Strategik, Tomasso Pani.

“Saya tekankan pentingnya pendekatan di antara kerajaan bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih di Asia Tenggara,” katanya.