Anwar Tekad Pacu Pembangunan Negara

Foto PMO

Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas bahawa beliau tidak akan sesekali meletakkan jawatan seperti didesak oleh segelintir pihak, selagi tidak terbabit dengan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, menegaskan beliau berpegang teguh kepada pendirian itu dan akan terus fokus menjalankan amanah untuk membangunkan rakyat serta negara.

“Insya-Allah saya tidak turun, kalau saya curi duit orang suruh turun, tak apalah. Tapi saya tidak curi duit orang.

“Saya jadi Perdana Menteri hampir tiga tahun, mana ada kontrak (projek) kita bagi secara rundingan terus, semuanya melalui proses tender,” katanya .