Anwar Nafi Lagi Campur Tangan Kehakiman

Foto PMO

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi penafiannya berhubung dakwaan campur tangan dalam keputusan kehakiman, sedang desakan semakin meningkat untuk pembaharuan dan kebimbangan terhadap gangguan dalam badan kehakiman.

Beliau menegaskan pentingnya untuk semua pihak menghormati proses pelantikan hakim seperti yang digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Seperti mana saya sebut, saya lebih dua tahun setengah tidak pernah campur urusan keputusan mahkamah, itu yang saya ingat.

“Penting soal proses pelantikan seperti mana diperuntukkan dalam Perlembagaan dan juga bidang kuasa masing-masing,” katanya sambil menambah sebarang perubahan dalam mekanisme pelantikan kehakiman perlu dimulakan melalui pindaan Perlembagaan.