Anwar Muat Naik Mesej Misteri

Foto Fail

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik satu hantaran misteri di laman Facebook rasminya, semalam..

Hantaran itu memaparkan satu poster dengan mesej yang menarik dan penuh tanda tanya.

“Akan Datang, Suatu Penghargaan Luar Biasa Untuk Rakyat Malaysia. Bersama Malaysiaku,” catatan pada poster dalam hantaran itu.

Bagaimanapun, mesej ringkas itu tidak memberikan sebarang butiran lanjut melainkan catatan ringkas daripada Anwar, “Nantikan.”