Anwar mahu penjawat awam komited jayakan aspirasi Malaysia Madani

Foto PMO

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu seluruh penjawat awam menuntut terus komited dalam menjayakan aspirasi Malaysia Madani bagi membawa negara lebih maju dan berdaya saing.

Dalam hantaran Facebooknya semalam, Anwar berkata, usaha itu memerlukan penerapan nilai amanah, integriti serta profesionalisme tinggi, terutama dalam mendepani suasana dunia yang semakin tidak menentu.

Beliau membuat gesaan itu ketika mempengerusikan Mesyuarat Pengurusan bersama warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Mesyuarat ini bagi membincangkan langkah reformasi perkhidmatan awam demi memperkukuh kecekapan tadbir urus serta mutu penyampaian kepada rakyat,” katanya.

Anwar juga menegaskan agenda reformasi itu terkait rapat dengan penerapan teknologi baru termasuk penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang berpotensi meningkatkan produktiviti.