Anwar kata kritikan bekas Jenderal Thai tiada kredibiliti

Foto Anwar Ibrahim

CHEROK TOK KUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperlekeh kritikan yang dilemparkan oleh seorang bekas pegawai tentera Thailand berhubung peranan Malaysia dalam rundingan damai di antara Thailand dan Kemboja.

Dalam kenyataan kepada media, Anwar menyifatkan individu itu tidak relevan dan tidak mempunyai kedudukan politik yang sah.

“Dia datang daripada parti yang tak pernah menang pilihanraya, sama seperti Pejuang di negara kita,” kata Anwar.

“Malah dia hilang deposit. Dia hanya calon yang kalah pilihanraya,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa pembabitan Malaysia dalam usaha damai serantau adalah atas jemputan rasmi dan mendapat sokongan negara-negara terlibat.

Kritikan itu muncul selepas pengumuman Anwar bahawa Malaysia akan membantu memudahkan rundingan damai antara Thailand dan Kemboja, satu langkah yang disambut baik oleh kedua-dua kerajaan tetapi dipersoalkan oleh segelintir tokoh pembangkang Thailand.

Kenyataan bekas Jenderal Thai itu juga digunakan oleh puak anti-Anwar.