
PUTRAJAYA: Perdana Menteri melakukan lawatan kerja ke Singapura hari ini bagi menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-12.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, pemimpin kedua-dua negara akan menilai kemajuan kerjasama dalam bidang utama, membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan Bersama.
Ia juga untuk merangka peluang baru bagi memperkukuh perkongsian Malaysia – Singapura.
Pemukiman Pemimpin-pemimpin Malaysia-Singapura adalah platform tertinggi bagi kedua-dua negara menilai keadaan keseluruhan hubungan dua hala dan dianjurkan secara bergilir sejak 2007.
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijadual menyaksikan pertukaran dua Memorandum Persefahaman (MoU) dan satu perjanjian antara Malaysia dan Singapura, yang mencerminkan peluasan skop kerjasama antara kedua-dua negara.