
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrhaim mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke-100 kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad
Dalam satu hantaran di media sosial, Anwar berkata dirinya dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan agar Tun M dikurniakan kesihatan, ketenangan dan kekuatan tubuh dalam menjalani kehidupan dengan penuh makna.
“Gaya hidup sihat serta amal bakti yang tidak pernah terhenti menjadi teladan kepada sebuah negara yang sedang menua, namun tetap punya harapan yang tinggi.
“Semoga Allah terus merahmati Tun, insya Allah,” katanya.