Anwar Doa Politik Thai, Indonesia Segera Stabil

Foto Kosmo

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kestabilan politik di Indonesia dan Thailand, dengan menegaskan perkembangan kedua-dua negara itu penting bagi perpaduan Asean serta hubungan dua hala Malaysia.

Anwar yang juga Pengerusi Asean berkata ketika pertemuan di Beijing beberapa hari lalu, Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan keadaan di Jakarta menunjukkan tanda semakin reda.

“Kita mendoakan yang terbaik untuk Indonesia, bukan sahaja sebagai rakan Asean tetapi juga sebagai sahabat dan keluarga rapat,” katanya.

Mengenai keadaan di Thailand, Anwar berharap proses pembentukan kerajaan baru dapat dipercepatkan.

Katanya, beliau akan segera menghubungi pimpinan negara itu sebaik sahaja keadaan kembali stabil.

“Kekuatan Asean bergantung kepada kestabilan negara anggotanya. Sebaik sahaja segala urusan di Thailand selesai, saya akan segera menghubungi pimpinan mereka,” katanya.