Anwar dah fikir individu sesuai isi Kabinet

Foto PMO

BUKIT JALIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkana beliau sudah fikirkan beberapa individu yang sesuai untuk dilantik mengisi kekosongan dalam Kabinet tetapi senarai belum dimuktamadkan.

Tanpa menamakan mana-mana individu, Perdana Menteri berkata, senarai itu akan dirujuk bersama ketua parti politik yang membentuk Kerajaan Madani sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Beliau juga memberi bayangan rombakan kecil akan dilakukan bagi mengisi kekosongan dalam Kabinet.

“Biarpun pelantikan ini adalah prerogatif Perdana Menteri, saya berpandangan perlu renung dan mendengar (nasihat ketua parti) selain berterima kasih atas pendapat mereka.