Anwar Berseloroh Tak Dijemput

Foto Bernama

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak dijemput untuk hadir ke ‘Himpunan Turun Anwar’ yang berlangsung semalam.

Kerajaan telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia untuk memberi kerjasama penuh agar himpunan berjalan aman dan tanpa provokasi.

Arahan itu mencerminkan komitmen kerajaan terhadap prinsip demokrasi dan hak bersuara, termasuk untuk pihak yang tidak sehaluan.

Komen itu diberi ketika ditanya wartawan sama ada beliau akan turun ke perhimpunan tersebut.
“Itu, saya tak dijemput,” katanya berseloroh ketika ditemui selepas menghadiri Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 2025, pada Sabtu.