Anwar Berjaya Batal Nama Dalam Semakan Kehakiman

Foto Hiasan

Nama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan dikeluarkan daripada semakan kehakiman oleh Mukhriz Mahathir berhubung Notis Taksiran Tambahan LHDN melebihi RM5 juta, selepas Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan mereka.

Mahkamah tetap mengekalkan beberapa kenyataan Mukhriz dalam afidavit yang menyentuh Anwar dan kerajaan, walaupun permohonan untuk memadamnya ditolak.

Mukhriz mendakwa wujud salah guna kuasa, memohon perintah mahkamah untuk membatalkan notis cukai tambahan dan penalti terhadapnya serta menuntut pengisytiharan tindakan itu tidak sah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Anwar atas kapasiti Menteri Kewangan dan kerajaan agar mahkamah membatalkan nama mereka selaku responden dalam semakan kehakiman berkenaan.