
PUTRAJAYA: Asnida, anak bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, akan didakwa di mahkamah hari ini.
Asnida akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Dua lagi anak Allahyarham Daim dijangka turut dikenakan tindakan kerana hadir memberi keterangan kepada SPRM.
Seorang individu yang juga kenalan rapat kepada keluarga juga berdepan tindakan serupa.
Difahamkan tiga anak Daim dan seorang individu difahamkan sepatutnya hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM hari ini selepas memberikan tarikh kepada pegawai SPRM untuk berbuat demikian.
Namun hanya Asnida sahaja yang tampil memberi keterangan kepada SPRM, semalam.