
PUTRA HEIGHTS: Pengerusi Eksekutif Dagang Nexchange Berhad (Dnex), Tan Sri Syed Zainal Syed Mohd Tahir mahu anak muda meneroka peluang berniaga intraAsean kerana ia adalah pasaran lebih besar.
Beliau percaya pasaran bagi anak-anak muda kini ialah di negara-negara Asean dan untuk memasuki pasaran Asean tidak lagi sukar kerana banyak aspek sudah dimudahcarakan.
“The market is Asean. Ambillah peluang ini kerana teknologi semasa sudah memudahkan untuk anak muda khususnya berniaga di negara Asean,” katanya dalam wawancara Ngopi@Channel10 di sini.
Beliau, yang dikenali sebagai mentor anak-anak muda dalam pelbagai bidang, termasuk perniagaan, Syed Zainal menasihatkan anak muda agar bersungguh-sungguh jika mahu jadi usahawan Berjaya.
“Cari dan pilihlah produk yang sesuai dan berniagalah bukan kerana wang semata-mata. Anak muda perlu “passionate” dengan apa yang dilakukan dan belajarlah untuk berkongsi
ilmu dan keperluan,” katanya.
Katanya, anak muda jangan malu bertanya dan lebih penting ialah perlu memahami perniagaan dan bidang yang diceburi.