Anak Melaka cipta tudung khas polis di UK

Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Usahawan dan juga saintis yang menetap di United Kingdom, Dr Eliesmaziah Alias, menjadi terkenal apabila mereka tudung khas (Instant Hijabs UK) untuk polis wanita British.

Anak kelahiran Melaka ini berjaya menghasilkan tudung MoreSlim yang mempunyai piawaian keselamatan dan membolehkan anggota polis wanita berhijab bertugas dengan selesa dan selamat.

Sebelum ini, anggota polis wanita yang berhijab di UK menghadapi kesukaran kerana tudung biasa tidak praktikal, mudah ditarik dan tidak selesa semasa bertugas secara aktif.

Hijab ciptaan Dr. Eliesmaziah direka supaya mudah tertanggal jika ditarik oleh penjenayah, bagi elak risiko tercekik kepada anggota polis.

Selain itu ia menggunakan fabrik berteknologi tinggi yang ringan, telus udara dan mampu serap peluh dengan cepat.