Aktiviti yeye: TUDM sahkan 20 pegawai terbabit

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Udara, Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris, mengesahkan 20 pegawainya terbabit secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral yang dikaitkan dengan budaya ‘Yeye’

Beliau berkata, tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mereka terbabit kerana pihaknya memandang serius sebarang pelanggaran terhadap perintah, arahan dan peraturan ditetapkan.

“Siasatan awal mendapati 20 pegawai TUDM terbabit secara langsung dalam aktiviti tidak bermoral ini.

“TUDM akan memastikan pelaku dibicara dan diadili menurut lunas dan peruntukan perundangan ATM,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, Kementerian Pertahanan dalam kenyataan menegaskan pihaknya memandang serius dakwaan berhubung kemasukan individu tidak berkaitan dan aktiviti tidak bermoral yang dilakukan dalam kem tentera seperti tular di media sosial.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diarah menjalankan siasatan dalaman segera bagi menentukan kesahihan dakwaan itu secara menyeluruh.