Aktivis dilayan bak haiwan, Greta Thunberg dianiaya

Foto Reuters

KUALA LUMPUR: Zionis Israel yang terkenal tidak berperikemanusiaan melayan aktivis dan sukarelawan Global Smud Flotilla seperti binatang ketika dalam tahanan mereka, menurut penyanyi yang juga aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi, 28.

Hazwani bersama 22 lagi peserta misi GSF dari Malaysia ditahan di perairan antarabangsa oleh tentera Israel Khamis lalu berkata dia melihat aktivis Sweden, Greta Thunberg diperlakukan dengan begitu kejam.

“Greta diseret, dihina dan dipaksa mencium bendera Israel. Apa yang boleh saya cakap, sangat teruk (layanan). Mereka (tentera Israel) layan kami macam binatang tanpa makanan dan air yang bersih, katanya.

“Mereka layan Greta memang macam binatang. Mereka (tentera Israel) juga membuang semua ubat-ubatan termasuk barangan lain,” katanya.

Menurutnya, sekarang tiba masanya semua masyarakat dunia mengetahui bahawa tentera Israel memang sangat kejam.

Kekerasan dan perlakuan kasar juga dirasakan aktivis lain. Presenter TV Turki Ikbal Gurpinar mengaku bahwa mereka diperlakukan seperti anjing, dibiarkan lapar selama tiga hari dan terpaksa minum dari air toilet karena tak disediakan air bersih.

“Hari itu sangat panas. Kami semua seperti dipanggang hidup-hidup. Pengalaman itu membuat saya lebih memahami penderitaan warga Gaza,” katanya.

Aktivis Aycin Kantoglu pula berkata bahwa dinding-dinding penjara penuh dengan bekas darah dan coretan pesan dari tahanan sebelumnya.

“Kami melihat tulisan ibu-ibu yang menuliskan nama anak-anak mereka. Kami seperti mencicipi sedikit penderitaan yang dialami warga Palestin,” ujarnya.