
Akaun WhatsApp Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail digodam, menurut kenyataan pejabat menteri itu.
Menurut kenyataan itu, perkara itu disifatkan erius dan laporan kepada pihak berkuasa ssudah dilakukan untuk Tindakan selanjutnya.
“Kami mengingatkan orang ramai agar tidak terpedya dengan panggilan atau mesej yang mengakui diri dan menyamar sebagai Menteri itu, terutama yang membabitkan kewangan atau temujanji,” maklum kenyataan itu.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan melalui pelbagai aplikasi media sosial dan melaporkan tindakan penggodaman kepada pihak berkuasa.