AIRA JUARA SKUASY BERMUDA

Foto Bernama

Pemain skuasy Malaysia, Aira Azman menjuarai Terbuka Bermuda 2025 selepas menewaskan pencabarnya dari Mesir, Hana Moataz di Devonsire, Bermuda.

Turun sebagai pemain pilihan pertama, Aira yang kini berada di ranking ke-30 dunia mencatat kemenangan 3-0 (12-10, 11-3 11-6) dalam masa 27 minit.

Kejayaan itu turut mencatat sejarah peribadi Aira apabila merangkuk kejuaraan pertamanya ke atas Moataz yang menduduki ranking ke-38 dunia.

Di separuh akhir, Aira menewaskan kakaknya Aifa Aman.