
KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) memaklumkan ASNB, syarikat pengurusan unit amanah milik penuhnya, dan akan mengagihkan RM2.36 bilion secara keseluruhan.
Dalam kenyataan semalam, Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 5.50 sen seunit bagi Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan 5.00 sen seunit bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
ASB 2 merekodkan agihan pendapatan berjumlah RM0.82 bilion, bersamaan 5.50 sen seunit kepada 680,141 pemegang unit yang memiliki 15.88 bilion unit, manakala ASM mengagihkan RM1.54 bilion, bersamaan 5.00 sen seunit kepada 786,088 pemegang unit dengan pegangan 31.22 bilion unit.
Sehingga 24 Mac 2026, ASB 2 mencatatkan pendapatan direalisasi bersih sebanyak RM0.90 bilion, sementara ASM merekodkan RM1.64 bilion.
PNB memaklumkan kedua-dua dana berkenaan terus mencatatkan pulangan kompetitif dan mampan, dengan agihan dividen kekal sejajar tahun kewangan sebelumnya meskipun berdepan persekitaran global yang mencabar.
“Prestasi ini dicapai dalam suasana pertumbuhan ekonomi global yang tidak sekata serta turun naik pasaran yang meningkat, disertai ketegangan geopolitik yang memuncak,” menurut PNB.