Agenda Reformasi Bukan Retorik: Azalina

Foto Bernama

Lebih 30 pindaan undang-undang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Madani selain Berjaya mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 sejak 2023 hingga sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia bukti jelas bahawa agenda Reformasi Kerajaan Madani sedang berjalan dan bukan sekadar retorik.

Menurutnya, kenyataan Datuk Seri Anwar yang menyatakan usaha reformasi bukanlah sesuatu yang perlu dilakukan terburu-buru adalah tepat.

“Ia satu proses yang tersusun dana memerlukan pengamatan menyeluruh. Reformasi sistemik tidak boleh dilakukan tergesa-gesa,” katanya.