
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris, didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur setelah mndapatinya bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera BERSATU bagi Pilihan Raya Kecil Kemaman, tiga tahun lalu.
Hakim Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda”
Pada 24 November 2023, Razali, 59, yang juga bekas Ketua Penerangan BERSATU minta dibicarakan atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut apabila mendakwa keputusan satu kes mahkamah dikawal oleh kerajaan.
Razali didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu antara jam 9.30 malam dan hingga 11.30 malam pada 10 November 2023.