
Kerajaan menghormati pandangan semua pihak berkaitan Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, bagaimanapun isu terbabit masih dalam urusan mahkamah.
“Tak apa. Adendum masih urusan mahkamah sekarang. Tak ada masalah, biar urusan mahkamah,” katanya.
Katanya, pandangan semua kita hormati tapi harus ikut proses,” katanya ketika ditemui selepas solat Jumaat.
Rabu lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) dilapor tidak mempertikaikan kewujudan Titah Adendum itu.