9,058 PPS Siap untuk Hadapi Monsun Timur Laut

Foto Ihsan JKM

KUALA LUMPUR: Sebanyak 9,058 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menempatkan mangsa banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut.

Ketua Pengarah JKM Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata, ia membabitkan 5,308 sekolah, dewan (1,814), balai raya (878), masjid (339), surau (310), 287 pusat komuniti dan lain-lain (122).

Beliau berkata, ia mampu menampung kira-kira 2.189 juta penduduk yang terjejas akibat banjir.

“Bekalan makanan dan keperluan asas untuk kesemua mangsa banjir juga ditempatkan di lapan depoh simpanan barang bencana, 15 stor negeri, 208 stor daerah, 86 mini depoh kontena dan 581 pangkalan hadapan,” katanya.