9.03 juta kanak-kanak bawah 18 tahun pada 2025

Foto Hiasan

PUTRAJAYA: Perangkaan kanak-kanak 2025 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati 9.03 juta kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun, mewakili 26.4 peratus jumlah penduduk seramai 34.23 juta.

Bilangan itu adalah 26.4 peratus daripada 34.23 juta penduduk) dengan Putrajaya tertinggi (39.9%) dan Selangor jumlah terbesar (1.81 juta).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata daripada jumlah itu, seramai 4.66 juta adalah kanak-kanak lelaki manakala 4.37 juta adalah kanak-kanak perempuan, dengan 2.31 juta kanak-kanak berusia di bawah lima tahun.

“Putrajaya mencatat peratusan tertinggi kanak-kanak di bawah 18 tahun iaitu 39.9 peratus diikuti Kelantan (33.5) dan Terengganu (32.9).

“Selangor mencatatkan jumlah tertinggi kanak-kanak iaitu 1.81 juta orang manakala Labuan mencatat jumlah terendah iaitu 0.03 juta,” menurutnya.