743 Pertuduhan: Bekas Pekerja Astro Pengsan, Prosiding Ditangguh

Foto hiasan

Prosiding terhadap bekas pekerja Astro, Nora Idayu Jaafar, 48 yang didakwa atas 743 pertuduhan berkaitan pengubahsuaian sistem data pelanggan Astro dari 2013 hingga 2020 ditangguh apabila tertuduh pengsan.

Nor Idayu rebah selepas pertuduhan ke-30 dibacakan menyebabkan prosiding ditangguh ke 26 Jun untuk memberi masa kepadanya mendapatkan rawatan dan masa untuk berehat.

Kes dikendalikan di Mahkamah Sesyen dan kes didakwa mengikut Seksyen 5 (1) Akta Jenayah Komputer 1997.

Jika sabit kesalahan, Nora Idayu boleh dikenakan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara sehingga tujuh tahun.