5 Sekeluarga Antara Enam Mangsa Bunuh Ditemui Terbakar

Foto Hiasan

JOHOR BAHRU: Rangka enam individu termasuk lima sekeluarga dipercayai mangsa bunuh ditemui di sebuah rumah yang musnah terbakar di kebun kelapa sawit di Kangkar Pulai di sini, awal bulan lalu.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, rangka yang memiliki kesan terbakar itu ditemukan pada 9 Januari lalu oleh seorang lelaki berusia 48 tahun yang sedang mengesan ahli keluarganya yang terputus hubungan sejak tiga bulan lalu.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa lokasi berkenaan menjadi tempat tinggal isteri serta anak-anaknya selepas mereka berpisah.

Katanya, lelaki berkenaan membuat laporan polis hari sama iaitu pada jam 1.28 tengah hari pada 9 Januari lalu.

“Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri menerima laporan daripada lelaki itu yang sedang mencari isteri dan anak-anaknya berhubung penemuan rangka manusia di dalam rumah terbakar.

“Hasil bedah siasat ke atas rangka terbabit mengesahkan kehadiran sekurang-kurangnya seorang mangsa dewasa dan seorang mangsa kanak-kanak atau lebih,” katanya.