5 Remaja Kes Buli Zara Qairina Didakwa Esok

Foto MOHD. DUSUKI MOKHTAR

Lima remaja bawah umur akan dituduh di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, esok berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, berkata semua remaja terbabit berusia bawah 18 tahun akan dibawa ke Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu bagi proses pertuduhan.

“Seramai lima orang akan dituduh pada Rabu ini di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah, kerana kesalahan berkaitan kes buli Allahyarham Zara Qairina.

“Mereka berusia di bawah 18 tahun,” katanya.

Sebelum ini, Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan rasmi mengesahkan pihaknya meneliti kertas siasatan polis dan membuat keputusan menuduh beberapa individu yang terbabit dalam kes buli itu berdasarkan keterangan yang ada.