47 Orang Asli dipindahkan

Foto Bernama

GOMBAK: Seramai 47 penduduk Orang Asli di Kampung Orang Asli Batu 12 di sini terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara apabila tanah runtuh di kawasan itu akibat hujan lebat.

Pada kejadian Rabu, seorang daripada 47 penduduk Orang Asli itu, Halimah Yunos, 71, berkata dinding dapurnya runtuh dan sebahagian rumahnya hampir terjatuh ke tebing.

Menurutnya, insiden pad kira-kira 7 malam itu berlaku selepas hujan lebat berterusan menyebabkan berlakunya pergerakan tanah di laluan air yang merentasi kampung.

Foto Halimah Yunus / Bernama

“Sebaik saja menyedari tanah di bahagian dapur telah runtuh, saya terus memanggil anak yang tinggal di rumah sebelah untuk mengalihkan barang-barang di dapur ke bahagian tengah rumah, sebelum kami bergerak ke PPS.

“Dalam keadaan hujan lebat, keadaan begitu mencemaskan, nasib baik saya tidak berada di dapur ketika itu,” katanya.