38 PUSAT UNDI AWAL DIBUKA TEPAT 8 PAGI

Sumber Gambar : Geng Keselamatan Negara

SEREMBAN: Pusat mengundi awal bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 dibuka tepat pada 8 pagi ini bagi membolehkan 22,339 anggota pasukan keselamatan serta pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), menganggarkan 16,884 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama-sama pasangan akan melaksanakan tanggungjawab mereka di lapan pusat mengundi ditetapkan.

Baki 5,455 pemilih terdiri daripada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama dengan pasangan pula dijadualkan menunaikan hak mereka di 30 pusat mengundi.

Semua pusat pengundian berkenaan akan ditutup secara berperingkat mengikut jadual yang ditetapkan SPR bermula dari 12 tengah hari ini hingga 5 petang.

Cuaca di kebanyakan kawasan dilaporkan cerah hari ini. Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi tadi adalah sebanyak 53.26 peratus.