3 Kereta Cikgu Chandra Dibakar

Foto Threads Firdaus Wong

KUALA LUMPUR: Aktivis dikenali sebagai Cikgu Chandra kehilangan tiga kereta akibat terbakar dipercayai dilakukan sekumpulan lelaki tidak dikenali.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung yang memuat naik gambar kereta terbakar di Facebook berkata kejadian berlaku jam 3 pagi tadi apabila ketiga-tiga kereta Cikgu Chandra dibakar.

“Mujur polis dan bomba sampai cepat untuk memadam api dan mengawal keadaan.

“Ketika Cikgu Chandra menghubungi saya pada 5.30 pagi tadi, dia memaklumkan pihak polis mengawal kawasan persekitaran rumahnya dan menjaga keselamatan keluarganya,” katanya.