20,000 Siri Program Jualan Rahmah Dianjur

Foto Malaysiapost.tv

Kerajaan menyasar untuk menganjurkan 20,000 siri Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) di semua 222 kawasan Parlimen sepanjang tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata peluasan penganjuran itu selaras dengan peningkatan peruntukan yang disalurkan kerajaan untuk PJRM.

Beliau berkata, sehingga Julai lalu, sebanyak 13,060 siri PJRM berjaya dilaksanakan di seluruh negara dan ia mencatatkan 15,626,464 transaksi yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

“PJRM adalah salah satu ikhtiar di bawah inisiatif Payung Rahmah dan mekanisme intervensi bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat,” katanya.