2 DARJAH KEBESARAN RAIS DITARIK SERTA-MERTA

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir menitahkan penarikan balik dua darjah kebesaran negeri kepada Tan Sri Mohd Rais Yatim, berkuat kuasa serta-merta.

Penarikan balik itu membabitkan Darjah Seri Utama Negeri Sembilan (S.P.N.S.) yang dikurniakan pada 2001 dan Darjah Dato’ Setia Negeri Sembilan (D.S.N.S.) yang dikurniakan pada 1979.

“Keputusan ini dibuat bagi memelihara kebesaran, kemuliaan dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan,” kata kenyataan Itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Pejabat Pendaftar Darjah Negeri Sembilan dan ditandatangani oleh Pendaftar Darjah Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim bertarikh 30 Julai 2026.