
Tujuh belas rumah musnah dalam kebakaran di Skim Penempatan Kinarut, Sabah malam semalam.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu selepas semua penghuni sempat menyelamatkan diri.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Muhammad Taqiuddin Victor Doon, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.22 malam.
Katanya, 39 pegawai dan anggota dari lima Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) iaitu Papar, dibantu BBP Penampang, Putatan, Kota Kinabalu dan Tuaran digerakkan ke lokasi.