
Setidak-tidaknya 15 pelajar maut manakala ramai lagi cedera dalam nahas yang membabitkan bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sebuah kereta pelbagai guna di Jaan Raya Timur Barat Grik-Jeli deekat Tasik Banding, awal pagi tadi.
Laporan awal menyebut bas yang membawa pelajar tersebut dalam perjalanan dari Jertih, Terengganu menuju Tanjung Malim, Perak.
Bas itu dikatakan bertolak ari Jertih jam 9 malam.
Pusat Kawalan Operasi Pertahanan Awam Hulu Perak melaporkan mereka menerima berita mengenai kemalangan itu pada jam 1.10 pagi.
Menurut laporan itu, 13 orang meninggal di lokasi manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Grik.Tujuh mangsa dirawat di zon merah, 20 di zon kuning dana enam lagi di zon hijau.