
KUALA LUMPUR: Polis menjejak 15 lagi individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan ahli ‘Kapten Praba’ susulan beberapa tangkapan yang sudah dibuat sebelum ini.
Polis sudah mengenal pasti beberapa individu terbabit dan siasatan sedang diperhebat dengan bantuan serta kerjasama negara-negara sahabat.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, polis sedia maklum tangkapan sudah dibuat dan mengesan beberapa individu yang berkaitan.
“Kita juga mendapat bantuan daripada negara-negara sahabat dan siasatan masih diteruskan bagi kes-kes berkaitan.
“Alhamdulillah, hasil yang kita peroleh setakat ini semakin baik dan kita kini memburu 15 individu yang dipercayai terbabit,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.
Terdahulu, tiga penjenayah terbabit yang ditahan di Mumbai, India, Ahad lalu dituduh di Mahkamah Sesyen Sepang sebaik tiba negara ini.
Ketiga-tiga penjenayah berusia dalam lingkungan 30-an itu ditahan oleh pasukan keselamatan di CSMIA, Ahad lalu, selepas bertindak ganas sebaik tiba di Mumbai.