11 pelajar USIM imam tarawih di Osaka

Foto Ihsan USIM

NILAI: Sebelas pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) diberi kepercayaan oleh komuniti Muslim di Jepun untuk mengimami solat Tarawih sepanjang Ramadan di Osaka.

Tugasan itu akan dlaksanakan bermula dari 16 Februari hingga 25 Mac 2026.

Naib Canselor USIM, Prof Datuk Dr Sharifudin Md Shaarani, berkata program berkenaan inisiatif akademik dan dakwah digerakkan Pusat Iqra USIM bagi menyediakan pelajar berkelayakan sebagai imam di negara matahari itu.

“Saya melihat peluang ini sebagai satu ruang terbaik untuk pelajar USIM mempraktikkan ilmu dipelajari, di samping membawa imej institusi yang menekankan integrasi ilmu Naqli dan Aqli dalam pengajian.

“Pengalaman berkhidmat sebagai imam di peringkat antarabangsa bukan sahaja menguji keupayaan ilmu dan kemahiran pelajar, malah membentuk keperibadian serta kefahaman mereka dalam konteks masyarakat yang lebih luas,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kumpulan Penyelidik Pusat Iqra USIM, Dr Norazman Alias, menjelaskan semua pelajar terbabit melalui proses pemilihan untuk menyertai program terbabit.