TMJ nak bawa UFC, WWE ke Malaysia

Foto IG hrhcrownprinceofjohor

KUALA LUMPUR: Selepas menonton aksi WWE Crown Jewel 2025 yang diadakan di RAC Arena, Perth, Australia, baru-baru ini, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berhasrat membawa UFC dan WWE ke Malaysia.

Tunku Mahkota Ismail menyatakan, perbincangan sedang diadakan dengan WWE dan UFC agar ia dapat diadakan di Johor.

“Kita adakan perbincangan dengan UFC dan WWE untuk membawa kedua-dua acara ini ke Johor pada masa akan datang.

“Harapnya pada tahun 2027. Stadium Sultan Ibrahim (SSI),” kata baginda dalam satu hantaran di Instagram.

Sebelum ini, Tunku Mahkota Ismail turut menjadi tetamu kehormat aksi The Rugby Championship di antara New Zealand dan Australia baru-baru ini.