
Seorang remaja 20 tahun dari Kuala Lipis, Pahang meraih RM200,000 wang kemenangan pertandingan memancing di Ulu Yam, Selangor 4 Mei lalu..
Wang kemenangan itu diberikan secara tunai, menyebabkan dia tergamam dan teruja menerima hadiah lumayan itu.
Dia diisytihar pemenang selepas menjadi peserta terakhir menaikkan ikan keli seberat 1.66 kilogram.
Pertandingan anjuran Den Kolam Pancing itu menarik penyertaan pelbagai lapisan termasuk kaki pancing dari Thailand, Brunei dan Singapura.