Blood Brothers kutip RM21 juta

Foto Says.com

Filem Blood Brothers yang penuh aksi berupaya mengutip RM21 juta dalam tempoh tayangan empat hari. Filem ini mengangkat tema kepercayaan, pengorbanana dan nilai sebuah persaudaraan dalam dunia penuh tipu daya.

Siapakah yang akan bertahan hingga ke akhirnya apabila darah sendiri menjadi musuh?

Kesetiaan diuji. Janji diikat. Bertempur hingga titisan darah terakhir. Inilah intipati action thriller Blood Brothers:Bara Naga arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra. Filem in dinukil oleh Abhilsah, Ghazwan Tomasi, Ayam Fared dan Ashraf Modee Zain.

Blood Brothers menampilkan barisan pelakon hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, Wan Hanafi Su, Shazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Irfan Zaini, Andy The dan Amelia Henderson.